PRN Sarawak: 17% keluar undi awal setakat 9 pagi

0
1

SEJUMLAH 17 peratus pengundi awal sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 9 pagi tadi.

Mereka terdiri daripada petugas barisan hadapan termasuk polis dan tentera serta pasangan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan lebih 80 pusat mengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka sejak jam 7.30 pagi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka.

Terdahulu, SPR memaklumkan seramai 23,043 pengundi akan mengundi awal membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ia melibatkan 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala 10,458 pengundi lagi meliputi anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan.

Proses penamaan calon bagi PRN Sarawak berlangsung pada 6 Disember lalu dengan penguatkusaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

SPR mengesahkan menerima 349 kertas penamaan calon yang layak bertanding bagi PRN Sarawak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here