SPRM nafi tangkap Lee Shan 

0
3

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan menangkap Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan di Kuching pagi tadi. 

Ketua Pengarahnya Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM tidak menangkap Lee Shan sebaliknya hanya mahu merakam percakapannya.  

“Tidak benar. Beliau diminta hadir untuk dirakam percakapan,” katanya dipetik Malaysiakini, hari ini.  

Bagaimanapun, Azam tidak menjelaskan  kenapa Lee Shen dirakam percakapannya. 

Terdahulu, media pagi tadi melaporkan Lee Shen yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Malang mendakwa pegawai SPRM menahannya ketika sedang memandu kereta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here