Populasi dewasa kurang 2.7 peratus capai peratusan penuh divaksinasi 

0
2
Petugas menyuntik vaksin AstraZaneca kepada seorang penerima vaksin di PWTC.

KURANG 2.7 peratus lagi untuk peratusan penuh populasi dewasa di Malaysia lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam tadi,  97.3 peratus atau 22,772,882 populasi dewasa di Malaysia telah lengkap divaksinasi 

Pada masa sama sebanyak 98.7 peratus atau 23,094,811 golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 89.7 peratus atau 2,824,847 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 86.5 peratus atau 2,723,137 golongan itu telah lengkap divaksinasi. 

Sementara itu, sebanyak 70,382 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,407 dos pertama, 2,353 dos lengkap dan 66,622 dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,820,915 dos manakala dos penggalak pula 3,597,902. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here