Muhammad Mustakim Ramli
KES baharu Covid-19 meningkat semula dengan 95 kes merangkumi 91 kes tempatan dan empat kes import, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata satu kes kematian akibat pendemik itu juga direkodkan hari ini di Sabah.
“Daripada 95 kes ini, Sabah mencatat kes tertinggi hari ini iaitu 91 kes, antaranya 76 dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3).
“Secara keseluruhannya kes Covid-19 di negara ini sudah mencatat 10,147 kes,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 14 kes sembuh baharu direkodkan hari ini dengan jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah 9,264.
”Sehingga kini, terdapat 11 kes positif Covid- 19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

