PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan akan mengadakan pilihan raya umum (PRU) segera jika gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Muhyiddin berkata, PRN Sabah sangat penting dan rakyat Sabah harus memberikan ‘isyarat’ untuk menyokong PN dan mahu beliau terus menjadi Perdana Menteri.
‘Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU.
‘Saya tahu apa yang ditulis oleh media tetapi biarkan mereka membuat spekulasi.
‘Kami mahu Malaysia terus maju dan berjaya’ dan satu-satunya cara untuk berjaya adalah bersama saya,” katanya ketika ceramah di Pintasan, Kota Belud hari ini.
Ia kali pertama Muhyiddin menyatakan untuk melaksanakan PRU segera.
Sebelum ini, Muhyiddin hanya memberi isyarat bahawa PN dan rakan sekutu harus bekerja keras seolah-olah PRU diadakan esok. – Malaysiapost

