SPRM lancar portal versi bahasa Cina

0
2

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin.

Ia dilancarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

SPRM menerusi kenyataan berkata portal tersebut bertujuan memenuhi keperluan masyarakat Cina bagi mendapatkan maklumat berkenaan pencegahan rasuah dan perkara-perkara berkenaan SPRM.

Sehubungan itu, SPRM berharap kemudahan terbaharu itu dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap agensi ini dan agenda antirasuah serta menyebarkan mesej pendidikan pencegahan rasuah.

Orang ramai khususnya masyarakat Cina boleh layari di laman web http://www.sprm.gov.my/cn/. – MalaysiaPost.