Shafie gagal selesaikan isu setinggan di Semporna – Bersatu

0
2

KEGAGALAN Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk menamatkan permasalahan setinggan di kawasan perkampungan Bangau-Bangau, amat menyedihkan.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Semporna, Nixon Abdul Habi berkata Mohd Shafie hanya lantang bersuara terhadap isu-isu lain tetapi gagal untuk membela nasib rakyat di daerah itu.

Jelasnya, penempatan Kampung Bangau-Bangau yang terjejas sejak insiden kebakaran pada 2015 belum lagi dapat diselesaikan dengan jayanya dan beliau meminta supaya perkara tersebut diatasi segera.

“Ini memandangkan skop penempatan di daerah ini dilihat agak berterabur dan pada masa sama mereka mengambil sikap tidak peduli dengan permasalahan berkenaan.

“Sehingga kini, mangsa kebakaran di kampung tersebut hanya mendiami kawasan setinggan kotor berhampiran penempatan Kampung Bangau-Bangau dan ia amat menyedihkan,” katanya menerusi kenyataan.

Nixon juga menyelar wakil rakyat Warisan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semporna kerana tidak menyelesaikan permasalahan rumah setinggan di Kampung Bangau-Bangau, Panji, Air, Simunul serta penempatan UNHCR di Kampung Selamat.

“Mereka mewakili tiga kawasan DUN termasuk Parlimen Semporna yang diwakili Mohd Shafie sejak tahun 1995 namun masalah setinggan masih gagal diatasi.

“Apa yang dibimbangi sejak dahulu, masalah setinggan ini menimbulkan pelbagai masalah seperti isu kebakaran, keselamatan, pembaziran utiliti, sampah sarap, penyakit Covid-19 dan sebagainya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here