Undi 18: Anak muda mampu tentukan siapa berhak jadi pemimpin – PM

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634458425485","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ramai yang tidak yakin dan skeptikal terhadap keputusan kerajaan meluluskan Undi 18 kerana golongan itu dianggap masih terlalu mentah untuk menentukan pemimpin negara.

Beliau berkata, namun demikian kerajaan yakin dengan kemampuan anak muda dan mahu mereka menentukan siapa yang berhak jadi pemimpin.

“Apabila pemimpin pelajar bertemu dengan saya, salah satu soalan yang ditanya bolehkah kami bersifat kritis dan kritikal terhadap kerajaan, saya jawab boleh dan tidak salah.

“Cuma yang penting, setiap perkara yang dikatakan mestilah mempunyai fakta. Kerajaan hari ini mengiktiraf peranan anak muda dan ini dibuktikan apabila meluluskan Undi 18,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Keluarga Malaysia@IPT yang bermula semalam sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-100 Universiti Perguruan Sultan Idris, hari ini.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan keputusan kerajaan meluluskan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas yang diwartakan, maka gologan anak muda boleh mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

“Sehubungan itu bermula 1 Januari 2022 semua anak muda yang berumur 18 tahun ke atas, secara automatik akan jadi pengundi Insya-Allah. Apabila PRU diadakan kerajaan akan pastikan mereka boleh mengundi,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak menerusi kenyataan Khamis lalu mengesahkan pendaftaran secara automatik pemilih berusia 18 tahun ke atas yang diwartakan 1 Disember lalu akan berkuat kuasa 15 Disember ini.

Katanya, Pindaan Perlembagaan yang diwartakan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menetapkan tarikh 15 Disember sebagai tarikh mula berkuat kuasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here