Hormati keputusan mahkamah – Asyraf Wajdi

0
1

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berpeluang membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan, selepas rayuan terhadap sabitan dan hukuman dihadapinya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, hari ini.

KETUA Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, meminta semua pihak menghornati keputusan dibuat Mahkamah Rayuan, hari ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, bekas Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Presiden Umno itu masih mempunyai peluang membatalkan semua sabitan terhadap dirinya.

“Mahkamah Rayuan kekal sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Hormati keputusan Mahkamah. Masih ada peluang rayuan di Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan hukuman Najib ditangguhkan bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Ketiga-tiga hakim berkenaan sebelum itu sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dibuat Mahkamah Tinggi sekaligus menolak rayuan bekas Najib. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here