Jualan ikan masin meningkat tiga kali ganda guna rumah jemuran solar

0
2

PENGGUNAAN rumah jemuran solar menggantikan kaedah konvensional menjemur ikan masin mampu menjana pendapatan sehingga lebih tiga kali ganda buat pasangan suami isteri di Kampung Ramuan China Besar di Alor Gajah, sejak enam bulan lalu.

Mohd Nor Ibrahim, 63, dan isteri, Saadiah Hashim, 57, yang mengusahakan produk jualan pelbagai jenis ikan masin mereka bersyukur apabila mendapat bantuan tersebut daripada Jabatan Perikanan Melaka pertengahan tahun ini.

Mohd Nor Ibrahim, 63

Menurut Mohd Nor, sejak mengusahakan produk ikan masin dua tahun lalu, mereka menggunakan kaedah konvensional iaitu menjemur ikan secara terbuka di halaman rumah di bawah sinaran matahari.

“Ketika itu, proses jemuran mengambil masa tiga ke empat hari untuk kering bergantung kepada cuaca dan saiz ikan yang dijemur.

kaedah konvensional iaitu menjemur ikan secara terbuka di halaman rumah di bawah sinaran matahari.

“Kaedah itu juga memerlukan lebih kudrat kerana kami perlu pastikan ikan tidak dihinggap lalat atau dipijak haiwan yang akan menjejaskan kebersihannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Menurutnya, antara ikan masin yang dihasilkan adalah jenis kurau, bulu ayam, talang, pari dan gelama yang dijual mengikut permintaan pelanggan dalam pek 100 gram sehingga satu kilogram.

Antara ikan masin yang dihasilkan adalah jenis kurau, bulu ayam, talang, pari dan gelama yang dijual mengikut permintaan pelanggan dalam pek 100 gram sehingga satu kilogram.

“Waktu mula-mula dulu, jualan kasar sebulan diperoleh sekitar RM1,000 bergantung pada cuaca dan permintaan juga terhad kerana memerlukan masa panjang untuk menghasilkannya,” katanya.

Namun Mohd Nor yang juga nelayan berkata, dia tidak menyangka Jabatan Perikanan mempunyai geran khas bernilai RM62,000 berupa barangan keperluan untuk memproses ikan masin diusahakan nelayan

“Barangan bernilai RM62,000 berupa dua set rumah jemuran solar berukuran 3 x 1 meter diperbuat daripada kerangka besi dengan bumbung lut sinar dan sistem penyimpanan tenaga solar bagi menghidup kipas secara automatik jika cuaca lembap.

“Turut dibekalkan adalah peti sejuk beku, mesin pembungkusan plastik dan bekas khas untuk kegunaan simpanan ikan.

“Sejak menggunakan rumah jemuran solar ini, kaedah menghasilkan ikan masin menjadi semakin mudah dan diyakini pembeli kerana cara penghasilannya yang lebih cepat dan bersih,” katanya.

Susulan itu katanya, permintaan ikan masin dihasilkan semakin mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk setempat termasuk Negeri Sembilan sehingga jualan meningkat lebih tiga kali ganda.

“Kalau dulu jualan sekitar RM1,000 sebulan, kini pendapatan sehari boleh mencecah RM125 sehari,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here