Hukuman, denda Najib ditangguhkan

0
2

HUKUMAN terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib ditangguhkan sementara bagi menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Penangguhan itu dibuat oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan penangguhan itu selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu sebagaimana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Terdahulu, panel tiga hakim berkenaan sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Najib.

Rayuan di Mahkamah Persekutuan adalah peluang terakhir Najib untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here