2 kenderaan hitam masuk ke kediaman Najib

0
1

Nilam Oshman

DUA kenderaan hitam dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memasuki ke kawasan tempat letak kereta aras bawah di kediamannya di Pavilion, Bukit Bintang sebentar tadi.

Kenderaan terbabit masing-masing Proton Perdana dan Bentley dengan nombor pendaftaran 11.

Difahamkan, Najib dipercayai berada di kediamannya di Pavilion, namun masih tiada sebarang pergerakan keluar sehingga jam 11.40 pagi ini.

Hari ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah di atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here