Ujian Covid-19 di sekolah hanya guna kit ujian air liur – KPM

0
1
Kit ujian kendiri Covid-19 dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea dijual di sebuah farmasi Selayang ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menegaskan bahawa pelaksanaan saringan ujian Covid-19 di semua sekolah di bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.

Menerusi kenyataan hari ini, KPM berkata penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras arahan melalui surat bertarikh 28 November 2021.

KPM pada 28 November lalu mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 bagi murid sekolah rendah yang dibuat secara penggiliran bagi sekurang-kurangnya 10 peratus murid.

Berdasarkan surat siaran tersebut, pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan penggunaan kit ujian air liur yang dibekalkan oleh KPM.

Pelaksanaan ujian kendiri tersebut juga dibuat oleh murid dengan pemantauan guru.

Sementara itu KPM memaklumkan telah menyiasat gambar tular di media sosial yang mendakwa guru sebuah sekolah menjalankan latihan amali ujian calitan hidung saringan Covid-19 kepada pelajar.

KPM berkata, siasatan mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Pahang.

Menurutnya, latihan amali yang dikatakan dalam gambar tular tersebut sebenarnya demostrasi calitan hidung yang dibimbing petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur.

“Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksana melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing oleh dua Jururawat Masyarakat,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here