SPRM lancar 5 bilik gerakan di PRN Sarawak

0
3

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan lima bilik gerakan di Sarawak, hari ini.

Bilik gerakan itu bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung bermula hari ini hingga 18 Disember ini.

SPRM dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh PRN Sarawak.

“SPRM juga mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012),” menurut kenyataan itu, hari ini.

Bilik gerakan SPRM yang dibuka sepanjang PRN Sarawak adalah:

  1. Pejabat SPRM Sarawak
    Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching, Sarawak. – 087-467 703 sambungan 119 dan 116
  2. Pejabat SPRM Cawangan Sibu
    Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu, Sarawak- 084-311 982 atau 084-321 982
  3. Pejabat SPRM Cawangan Miri
    Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri, Sarawak- 085-415 404 atau 085-439 710
  4. Pejabat SPRM Cawangan Bintulu
    Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu, Sarawak – 086-316 200 atau 086-338 294
  5. Pejabat SPRM Cawangan Limbang
    No. 125, Jalan Fisher, 98700 Limbang, Sarawak- 085-214 104 atau 085-214 110

Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi e-mel [email protected]. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here