Lelaki mengamuk tetak mesin ATM

0
2

SEORANG lelaki yang mengamuk dan merosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan parang di Hentian Rehat Genting Sempah, Bentong, Pahang ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima maklumat awam berhubung kejadian itu pada jam 9.50 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek adalah lelaki tempatan berusia 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah dan kini direman selama empat hari.

“Suspek juga akan dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri kerana semakan mendapati dia pernah mendapat rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Zaiham mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu dengan pantas bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here