KPM perlu lebih efisien jamin keselamatan di sekolah

0
1
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) digesa bertindak lebih efisien dalam memastikan sekolah sebagai tempat selamat untuk guru dan pelajar daripada penularan wabak Covid-19.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata insiden yang mengakibatkan Kluster Persiaran Tasik membabitkan warga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya adalah sangat menyedihkan.

Menurutnya, sebelum ini beberapa sekolah di Johor juga dilaporkan terpaksa ditutup akibat jangkitan pandemik Covid-19.

“KPM perlu bertindak lebih efisien memastikan sekolah tempat yang selamat untuk guru dan anak-anak kita.

“Memastikan tahap keselamatan murid dan pelajar pada situasi terbaik sepanjang mereka berada di sekolah untuk menimba ilmu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berharap, tiada lagi berita-berita menyayat hati membabitkan anak-anak yang bersekolah serta guru dijangkiti wabak merbahaya selepas ini.

“Saya dengan perasaan tulus ikhlas mendoakan agar semua murid, pelajar dan guru dijangkiti Covid-19 terbabit diberi kesembuhan segera,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here