Tambah jualan Keluarga Malaysia, ringan beban rakyat-PM

0
2

KERAJAAN akan mengadakan lebih banyak lagi Program Jualan Keluarga Malaysia bagi meringankan beban rakyat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai yang mengunjungi program jualan berkenaan sempena pelancarannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur memberi maklum balas baik.

“Petang tadi saya melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia di PPR Kerinchi, Lembah Pantai. Saya turut berkesempatan menyantuni dan bertanya sendiri para pengunjung yang datang ke sana membeli barangan keperluan.

“Rata-ratanya amat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, yang jauh lebih murah malah ada beli dengan stok banyak.

“Insya-Allah, kerajaan akan mengadakan lebih banyak lagi jualan seperti ini, bukan sahaja bagi meringankan bebanan Keluarga Malaysia, malah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara,” katanya di Facebook, malam ini.

Sementara itu beberapa pengguna Facebook turut mencadangkan pelaksanaan program itu diperluaskan bagi membolehkan lebih ramai pengguna menikmati harga barang lebih rendah.

“Kami berharap Jualan Keluarga Malaysia dapat diadakan secara berskala di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) atau mukim di seluruh Malaysia. Mohon perhatian YAB PM,” tulis Salina Othman

“Saya selaku rakyat Sabah mohon buat di setiap daerah di Sabah macam ini barulah melambangkan Keluarga Malaysia. Kalau setakat buat di sesetengah tempat sahaja belum menggambarkan Keluarga Malaysia,” kata Ger Rat pula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here