Bayi kepada wanita koma dipukul suami dibenarkan keluar hospital

0
1

BAYI kepada Jahidah Nordin, 43, wanita yang koma selepas dipercayai dipukul suaminya, dibenarkan keluar hospital dan dijaga ahli keluarga.

Jahidah yang masih koma selamat melahirkan anaknya secara pembedahan Selasa lalu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban.

Wanita terbabit yang koma ketika kandungannya baru berusia enam minggu dilaporkan stabil selepas melahirkan anaknya yang diberi nama Jihady Nasywan oleh ahli keluarganya.

Berita gembira mengenai kebenaran membawa pulang bayi terbabit dikongsi adiknya Fazariah, 38, menerusi satu hantaran Facebook, hari ini.

“Tiba-tiba dapat ‘call’ dari hospital. ‘Baby’ dah boleh bawa balik…Ya Allah…Alhamdulillah.

“Kakak tengah uruskan baby. Harap tiada apa masalah kali ini,” tulisnya.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.-Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here