Tanah runtuh: Pemandu lori disahkan maut tertimbus

0
1

PEMANDU lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands, berhampiran Simpang Pulai, Perak hari ini disahkan meninggal dunia dan sudah ditemui kira-kira jam 8 malam tadi.

Bagaimanapun usaha mengeluarkan mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, berasal dari Tanjung Piandang, masih dijalankan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata operasi mengeluarkan mangsa masih diteruskan dan pasukan penyelamat mengalami kesukaran berikutan kenderaan tersebut tertimbus dengan tanah,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan terdapat kenderaan lain yang tertimbus dalam tragedi berkenaan memabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurutnya, kenderaan itu ditemukan berhampiran lori yang tertimbus dan dalam keadaan terbalik, namun bilangan sebenar mangsa terperangkap dalam kenderaan itu masih belum dapat dipastikan.

“Operasi masih diteruskan sehingga kesemua mangsa berjaya ditemui sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan,” katanya.

Operasi dilakukan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here