SEBANYAK 55 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 30,425 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, lapan daripada 55 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 65,497 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 52,954 individu atau 81.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 6,539 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 5,151 kes dirawat di hospital dan 509 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 252 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

