25.3 juta penduduk Malaysia lengkap vaksin Covid-19

0
1
Suasana ketika penerima-penerima vaksin hadir di Pusat Penerima Vaksin (PPV) IDCC Shah Alam. PPV IDCC Shah Alam dibuka hari ini selepas ditutup semalam berikutan kes positif Covid-19 melibatkan 204 petugas PPV IDCC Shah Alam.

SEBANYAK 25,398,734 individu atau 77.8 peratus daripada populasi keseluruhan di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.2 peratus atau 25,850,878 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa pula sebanyak 22,689,471 individu atau 96.9 peratus telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sementara 98.3 peratus atau 23,028,508 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara bagi populasi remaja, 2,709,263 individu atau 86.1 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 2,822,370 individu atau 87.9 peratus mendapat satu dos.

Terdapat pertambahan 135,914 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 53,517,981 dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here