KL City juara Piala Malaysia edisi ke-100

0
1

KUALA Lumpur City FC (KL City) melakar sejarah apabila muncul juara perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100 dengan menumpaskan Johor Darul Tak’zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
 
Lebih manis sejarah itu tercipta selepas pasukan The City Boy kali terakhir melangkah ke final Piala Malaysia pada 32 tahun lalu.
 
Gol kemenangan KL City dihasilkan Zahfri Yahya pada minit ke-66 dan disusuli gol kedua dalam tempoh tidak sampai 10 minit kemudian oleh Paulo Josue di minit ke-74.
 
Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Selatan dari awal mengasak kubu lawan namun pertahanan pasukan warga kota ternyata kental terutama penjaga gawang Kevin Mendoza yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya.
 
Serangan demi serangan cuba dilakukan anak buah Benjamin Mora, namun gagal membolosi pertahanan pasukan kendalian Bojan Hodak.
 
Kemenangan KL City turut menjadi hadiah manis terbaik buat legenda bola sepak tanah air, Shukor Adan yang bakal mengumumkan persaraan tidak lama lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here