TMJ gembira jika KL City menang malam ini

0
3

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, gembira kerana pasukannya beraksi di final Piala Malaysia bersempena ulang tahun ke-100 pertandingan itu.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, ia adalah satu penghormatan dan mengucapkan syabas kepada skuad JDT.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada skuad dan pengurusan Kuala Lumpur City FC (KL City) kerana mencipta sejarah mara ke final selepas 32 tahun.

“Jikalau kita memenangi trofi ini, ia akan menjadi sebuah lagi trofi untuk tahun ini selepas memenangi Liga Super Malaysia untuk layak ke Liga Juara-Juara AFC sekali lagi dan juga Piala Sumbangsih.

“Jikalau tidak menang, saya sebenarnya gembira dapat melihat pasukan seperti KL bermain dalam saingan Piala AFC tahun hadapan,” katanya.

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

JDT mara selepas menumpaskan Terengganu FC dengan agregat 4-1, manakala KL City pula menewaskan Melaka United melalui penentuan penalti 5-3 selepas terikat dengan agregat 2-2. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here