Trend peningkatan kluster baharu membimbangkan – Dr Noor Hisham

0
2
PUTRAJAYA, 2 April -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

ANALISA situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-47 sehingga 27 November lalu menunjukkan tren penurunan berbanding ME ke-46.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 2,619,577 kes kumulatif Covid-19 telah dilaporkan dengan 65,978 kes aktif dan 30,280 kes kumulatif kematian sepanjang ME ke-47.
 
Menurutnya, kadar kebolehjangkitan (Rt/Ro) seluruh negara juga menunjukkan penurunan dan mendatangkan kesan positif kepada kebanyakan indikator utama jangkitan Covid-19.
 
“Namun begitu, trend peningkatan kewujudan kluster baharu pada ME ke-47 dalam semua kategori kecuali tempat kerja dan import adalah amat membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Dr Noor Hisham berkata, status terkini membabitkan kluster mencatatkan sembilan kluster baharu dikesan hari ini.
 
“Jumlah kluster keseluruhan kini adalah 5,947 kluster dengan 5,716 kluster telah tamat dan 231 kluster masih aktif,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here