AMRDPE ke-12 fokus membangun luar bandar, basmi kemiskinan

0
2

MESYUARAT Menteri-Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Ke-12 ( AMRDPE) hari ini
memberi penekanan kepada usaha mempercepat pembangunan semula kawasan luar bandar dan meningkatkan langkah pembasmian kemiskinan pasca Covid-19.

KPLB dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat yang diadakan secara atas talian itu dipengerusikan oleh Filipina.

“Ia dihadiri oleh Menteri serta Timbalan Menteri yang berkaitan dengan pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan negara-negara ASEAN termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

“Tema mesyuarat pada kali ini ialah ‘Accelerating Recovery and Strengthening Resiliency of ASEAN for Sustainable Rural Development and Poverty Eradication’ yang menekankan langkah segera pembangunan luar bandar dan menyelesaikan masalah kemiskinan kawasan tersebut.

“Mesyuarat AMRDPE ke-12 tersebut juga antara lain telah membincangkan mengenai Kerangka Pelan Tindakan Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan ASEAN Tahun 2021 hingga 2025 dan pembangunan Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Malaysia berharap kerjasama dalam bidang pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan di kalangan negara ASEAN akan terus diperkukuh pada masa akan datang dengan pelaksanaan aktiviti berimpak tinggi termasuklah dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan pihak swasta. – MalaysiaPost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here