Tapir betina jatuh longkang diselamatkan

0
1

PASUKAN penyelamat berjaya menyelamatkan seekor tapir betina yang terjatuh ke dalam longkang di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang.

Operasi menyelamat haiwan itu dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang dan Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Jenderak Selatan.

Menurut PERHILITAN, satu operasi menyelamat telah dijalankan sejurus menerima maklumat daripada orang awam berkenaan seekor tapir yang terjatuh ke dalam longkang di lokasi terlibat.

“Pemerhatian awal mendapati Tapir tersebut mengalami kecederaan dan bengkak pada bahagian kaki hadapan kanan dan telah diberi rawatan awal oleh Pegawai Veterinar Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia di lokasi menyelamat,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here