Sultan Selangor tarik balik Darjah Kebesaran ‘Datin Paduka’ Puan Oc Phang

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1637904517438","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

DARJAH Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran ‘Datin Paduka’ kepada Phang Ai Tu atau Puan Oc Phang ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa 11 Oktober lalu selepas disytihar bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata, justeru Ai Tu dilarang menggunakan Darjah Kebesaran dan gelaran ‘Datin Paduka’ yang dikurniakan pada 2010. 

Selain itu katanya, mana-mana pihak lain turut ditegah daripada memanggil Ai Tu dengan menggunakan gelaran berkenaan memandangkan kurniaan tersebut telah pun ditarik balik dan dibatalkan. 

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor memandang berat tentang reputasi penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor terutama dari kalangan pegawai-pegawai terlibat dengan pertuduhan mana-mana perlakuan tidak sihat dan tidak berintegriti seperti melakukan kesalahan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa. 

“Penerima Darjah Kebesaran Neger Selangor seharusnya tidak terlibat dengan perbuatan salah laku yang kemudiannya dipertuduhkan dengan kesalahan jenayah demi melindungi martabat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang dipakai di samping memelihara status penerimanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Haris berkata, Sultan Selangor juga memberi peringatan kepada semua pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan tegas bagi membendung gejala rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, amalan tidak berintegriti dan masalah keberhutangan wang yang serius. 

“Terutamanya ke atas semua penjawat awam, pemimpin, golongan profesional, ahli korporat dan orang perseorangan yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti salah laku yang seumpamanya. 

“Ini bagi memastikan keadaan Negeri Selangor Darul Ehsan sentiasa dalam suasana aman sentosa di bawah tadbir urus yang cekap, penuh amanah dan berintegriti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here