Barisan Exco Melaka pastikan manifesto ditunaikan – Sulaiman

0
1

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yakin barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri Melaka yang baharu akan menunaikan aku janji atau manifesto dibuat Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, semua janji yang dibuat itu akan dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti termaktub dalam manifesto BN.

“Insya-Allah..sudah pasti mereka yang dilantik mengikut portfolio masing-masing akan bertanggungjawab kepada mana-mana aku janji atau manifesto yang dibuat dalam PRN yang lalu.

“Mereka juga ada kad laporan yang akan dipantau oleh satu Jawatankuasa Khas yang akan dibentuk bagi memastikan semua aku janji dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan barisan Exco Melaka yang telah dipersetujui oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka,  Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Antara muka baharu yang dilantik adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara.

Ab Rauf akan memegang portfolio Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri.

Sementara itu, ditanya mengenai siapa akan mengisi kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sebelum ini disandang Ab Rauf, beliau memaklumkan ia akan diumum kemudian kerana DUN lambat lagi bersidang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here