Yang sebut perkataan ‘gugat’ itu ialah Utusan – Ahmad Fadhli

0
2

KETUA Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan PAS mahu menggugat kubu Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, tiada sebarang perkataan yang dikeluarkan menyatakan pendirian PAS untuk menggugat kubu BN seperti yang didakwa Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN. Bacalah betul-betul sebelum buat komen tu.

“Anda kan Ketua Pergerakan Pemuda. Belajar cari kenyataan asal, copy paste ke dalam Microsoft Word, gunakan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘gugat’,” katanya di Facebook hari ini.

Terdahulu, hari ini Asyraf Wajdi menegur kenyataan Ahmad Fadhli agar PAS jangan bersikap angkuh berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang tidak memihak kepada parti itu.

Jelasnya, tiada guna PAS bernada angkuh terhadap BN sedangkan selama ini parti itu sering mencanangkan musuh utamanya adalah DAP dan Pakatan Harapan (PH).

Sambil meletakkan pautan asal kenyataannya, Ahmad Fadhli menjelaskan, perkataan ‘gugat’ itu telah dipetik Utusan Malaysia.

“Yang sebut perkataan ‘gugat’ itu ialah Utusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here