KKM perkenal sistem amaran jika kes Covid-19 terus meningkat

0
3
KKM perkenal sistem amaran jika kes Covid-19 terus meningkat KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi dalam masa terdekat sekiranya gelombang kes Covid-19 meningkat ke tahap kritikal. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sistem amaran itu dijangka diumumkan dalam satu hingga dua minggu lagi. “Saya hendak mengumumkan dalam masa terdekat dalam masa satu hingga dua minggu lagi satu sistem yang dinamakan Sistem Amaran Berisiko Tinggi. Hampir semua negeri telah berada di fasa empat dan mereka tidak boleh berpatah balik. “Saya telah maklumkan kepada jawatankuasa pengurusan pandemik, sekiranya ada tanda sudah rasa masuk dalam keadaan bahaya saya akan mengumumkan sistem amaran ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, lapor Kosmo, hari ini. Khairy juga memberitahu, kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sekatan penuh pada masa akan datang, namun memaklumkan terdapat beberapa sektor yang akan diperketatkan operasinya. “Jika boleh saya mahu elak sekatan penuh (kerana) bukan hanya mengganggu ekonomi, termasuk juga kesejahteraan dan mental rakyat. Mereka (rakyat) tidak boleh melalui lagi sekatan penuh. “Ada beberapa sektor yang akan diketatkan dan saya akan mengumumkan serta dalam keadaan apa sistem yang akan dipakai. “Kementerian saya sudah bersedia dengan sistem ini apabila ada kenaikan dan sekiranya sudah melepasi nilai ambang. Bukan sekatan secara penuh, tetapi ada sekatan yang diperketatkan,” katanya. Sementara itu, Khairy turut menyarankan kepada mana-mana penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 terutama dalam kalangan warga emas. “Vaksin Sinovac memang berkesan bagaimanapun, keberkesanannya cepat menurun berbanding Pfizer. “Saya menggalakkan mereka (penerima Sinovac) terutama bagi warga emas penyakit kronik (komorbid) untuk mengambil dos penggalak ini,” katanya. -Malaysiapost

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan mengumumkan satu sistem amaran berisiko tinggi dalam masa terdekat sekiranya gelombang kes Covid-19 meningkat ke tahap kritikal.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sistem amaran itu dijangka diumumkan dalam satu hingga dua minggu lagi.

“Saya hendak mengumumkan dalam masa terdekat dalam masa satu hingga dua minggu lagi satu sistem yang dinamakan Sistem Amaran Berisiko Tinggi. Hampir semua negeri telah berada di fasa empat dan mereka tidak boleh berpatah balik.

“Saya telah maklumkan kepada jawatankuasa pengurusan pandemik, sekiranya ada tanda sudah rasa masuk dalam keadaan bahaya saya akan mengumumkan sistem amaran ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau, lapor Kosmo, hari ini.

Khairy juga memberitahu, kerajaan memberi jaminan tidak akan melaksanakan sekatan penuh pada masa akan datang, namun memaklumkan terdapat beberapa sektor yang akan diperketatkan operasinya.

“Jika boleh saya mahu elak sekatan penuh (kerana) bukan hanya mengganggu ekonomi, termasuk juga kesejahteraan dan mental rakyat. Mereka (rakyat) tidak boleh melalui lagi sekatan penuh.

“Ada beberapa sektor yang akan diketatkan dan saya akan mengumumkan serta dalam keadaan apa sistem yang akan dipakai.

“Kementerian saya sudah bersedia dengan sistem ini apabila ada kenaikan dan sekiranya sudah melepasi nilai ambang. Bukan sekatan secara penuh, tetapi ada sekatan yang diperketatkan,” katanya.

Sementara itu, Khairy turut menyarankan kepada mana-mana penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 terutama dalam kalangan warga emas.

“Vaksin Sinovac memang berkesan bagaimanapun, keberkesanannya cepat menurun berbanding Pfizer.

“Saya menggalakkan mereka (penerima Sinovac) terutama bagi warga emas penyakit kronik (komorbid) untuk mengambil dos penggalak ini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here