Kenderaan lawan arus semakin menjadi-jadi, nyaris kemalangan

0
2

SEMAKIN galak kejadian kenderaan yang dipandu secara melawan arus sejak akhir-akhir ini.

Terbaharu, sebuah kereta jenis Perodua Axia dikesan dipandu secara melawan arus, nyaris menyebabkan kemalangan dengan kenderaan lain.

Difahamkan, kejadian tersebut dirakam di sebuah kawasan di Alam Perdana, Puncak Alam, Kuala Selangor, sekitar jam 3 petang tadi.

Insiden itu boleh dilihat menerusi klip video yang tular di media sosial hari ini, memaparkan Perodua Axia berwarna perak memasuki laluan bertentangan berhampiran persimpangan.

Klip video itu dirakam menerusi kamera papan muka kenderaan di hadapannya, sempat mengelak Perodua Axia itu daripada bertembung.

Walaupun sempat mengelak, namun tindakan itu mengundang kemarahan pemandu lain yang melalui kawasan tersebut.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan pemandu tersebut yang telah membahayakan pemandu lain.

“Dah terang-terang masuk lorong salah, sepatutnya pusinglah, nasib baik sempat elak bahaya betul,” kata Rahman Abdul.

“Bawa pergi JPJ buat laporan, bahayakan nyawa orang dah ni,” tulis Putra Ahmad. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here