MN: Kita tidak mahu hidung tak mancung pipi tersorong – Tok Mat

0
2
Datuk Seri Mohamad Hasan

“TERSERAH kepada PAS,” kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai perkembangan terbaru hubungan kedua-dua parti selepas berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, hala tuju masa depan Muafakat Nasional (MN) bergantung kepada PAS kerana pintu persefahaman antara Umno dengan parti itu masih terbuka, meskipun Umno menerusi Barisan Nasional (BN) dilihat mampu bergerak bersendirian seperti hasil keputusan PRN Melaka semalam.

“Kedudukan MN ketika ini adalah terserah kepada PAS. Saya selalu cakap, dalam kehidupan, kita mesti buka pilihan kita. Jangan tutup pintu, daripada dulu jika ada yang tanya, PAS kena buat keputusan.

“MN ini terpulang kepada PAS, mahu bersama Perikatan Nasional (PN) ataupun MN, tetapi di Melaka mereka buat keputusan mahu dengan PN, apa yang boleh kami buat? Kami tidak pula mahu hidung tak mancung pipi tersorong-sorong itu sahaja,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Pengarah PRN Melaka BN itu menjelaskan, Umno akur dengan kehendak ahli akar umbinya menerusi keputusan yang diambil dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 sebelum ini iaitu tiada kerjasama dengan Bersatu.

“Tetapi pada masa yang sama untuk perkukuhkan MN, itu sebabnya, kita hulur tangan dengan syarat gunakan lambang sendiri, kita tidak suruh guna lambang Umno atau pun BN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here