‘Jika ditanya kepada saya, mahu PRU15 diadakan esok’ – Tok Mat

0
3
Datuk Seri Mohamad Hasan

TSUNAMI politik yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, menyebabkan kemungkinan gabungan itu mempertimbangkan mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia telah disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam sebaik sahaja BN memenangi PRN Melaka. 

“Saya cakap dengan Perdana Menteri semalam, kita perlu pertimbangkan untuk segerakan pilihan raya umum.

“Suka atau tidak, kita tunggu sampai bulan Julai nanti sebab perjanjian (persefahaman kerajaan dan pembangkang) sampai bulan Julai.

“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka akan pull the plug (tarik diri), kita tidak tahu.

“Dalam politik apa juga boleh jadi, dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, terpulang kepada BN dan Umno untuk buat ulang kaji,” katanya dipetik Utusan Online, hari ini. 

Mohamad berkata, PRU15 dalam waktu terdekat penting supaya mandat baharu dapat diberikan semula kepada rakyat.

“Bukan saya mahu beri tekanan untuk PRU15 diadakan sebelum akhir tahun ini, tapi kalau okey apa salahnya, jika dibandingkan kita perlu tunggu sehingga 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here