Kok Kiew letak jawatan Pengerusi DAP Melaka

0
2

PENGERUSI DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew melepaskan jawatannya berkuatkuasa serta-merta susulan kekalahan parti itu mengekalkan empat kerusi ditandinginya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kok Kiew berkata, keputusan itu dibuat susulan DAP gagal mempertahankan empat daripada lapan kerusi DUN yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sehubungan itu, beliau memohon maaf dan bertanggungjawab atas kekalahan itu sekali gus mengakibatkan Pakatan Harapan (PH) gagal membentuk kerajaan negeri.

“Kita bukan sahaja gagal membentuk kerajaan negeri yang baru, malah lapan kerusi yang kita menangi pada pilihan raya umum 2018 telah berkurangan kepada empat.

“Ini adalah keputusan peribadi saya dan saya ingin memohon maaf kepada ahli DAP, rakan sekutu PH dan penyokong kami kerana gagal mencapai sasaran kami.

“Sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan pilihan raya negeri. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai ketua negeri, berkuat kuasa serta-merta,” katanya seperti dilapor Malaysiakini, 

Beliau berkata, meskipun meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti negeri namun keahliannya dalam parti itu masih kekal.

Dalam PRN Melaka semalam, DAP gagal mempertahankan kerusi DUN Gadek, Machap Jaya, Bemban, Duyong manakala empat lagi kerusi kekal dimenangi iaitu Kota Laksamana, Kesidang, Bandar Hilir dan Ayer Keroh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here