Asri Janggut ‘mengadap’ polis minggu depan

0
3

PENGASAS Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut dipanggil polis untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, 22 September ini.

Mohd Asri berkata, ia bagi membantu siasatan susulan pendedahannya berhubung kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh yang tular sebelum ini.

“IPK Selangor hubungi saya sebentar tadi. Saya diminta untuk hadir beri keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor.

“Percakapan diambil mengenai kes mesin judi di Sungai Buloh. Saya akan hadir bersama peguam,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Bulan lalu, Mohd Asri membuat pendedahan menerusi rakaman video di Facebook Hot Burger Malaysia berhubung kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Rakaman itu menjadi tular dan ditonton lebih sejuta pengguna Facebook. – Malaysiapost