‘Tolong doakan saya’ – Cik B

0
3

PELAKON dan anak jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B disahkan positif Covid-19.

Cik B atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin memaklumkan perkara itu melalui Instagramnya.

Menerusi video dalam hantaran berkenaan, Cik B memaklumkan keadaan dirinya baik dah hanya hilang deria bau.

“Saya terkena jangkitan Covid-19. Tetapi tidak mengapa, tiada apa yang serius. Cuma saya tidak boleh bau tapi deria rasa masih okay.

“Boleh tengok mata saya merah dan bibir kering, tiada yang serius. Tidak boleh bau makanan sahaja,” katanya.

Cik B berkata, dia mengasingkan diri dalam bilik dan tidak keluar ke mana-mana.

“Bosanlah tetapi tidak mengapa. Saya mahu anda semua tolong doakan saya, terima kasih,” katanya.

Cik B yang juga penyanyi Rap menasihatkan pengikutnya agar menjaga keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak jangkitan.

“Jaga diri semua di luar sana. Saya sayang anda semua,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu ‘Tolonglah’ itu memuat naik hantaran video memaparkan ibunya sedang melakukan ujian calitan.

Bagaimanapun, Vida memaklumkan keputusan ujian calitan dilakukannya adalah negatif manakala Cik B sebaliknya.

Dalam hantaran sama menerusi ruangan komen, Vida memaklumkan dia panik selepas mengetahui anak perempuan tunggalnya itu positif Covid-19.

“Anak mama yang hebat kena kuat, bila mama dapat tahu Cik B sah positif Covid-19. Luruh jantung mama, mujur mama tak rebah.

“Mama panik, mama cuba cool kan diri. Cik B hebat, Cik B kuat, Cik B boleh lawan. Get well soon anak mama hebat,” tulis Vida. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here