Covid-19: 45 kematian baharu, 7 kes BID

0
2

SEBANYAK 45 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 29,937 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, tujuh daripada 45 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Setakat tengah malam tadi, terdapat 68,637 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 54,174 individu atau 78.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 8,268 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, terdapat 5,653 kes dirawat di hospital dan 542 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 268 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here