Mahu wujud pusat aktiviti media sosial warga emas di Bemban

0
3

Syaf Ziyad 

CALON bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Datuk Ng Choon Koon mahu mewujudkan sebuat pusat aktiviti yang turut memberi fokus tehadap penguasaan media sosial dalam kalangan warga emas. 

Menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian terhadap golongan itu bagi merapatkan jurang digital antara warga emas dan belia negara ini. 

“Berdasarkan perangkaan Kementerian Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat di Melaka ketika ini terdapat sekitar 12.6 peratus atau 126,000 warga emas. 

“Warga emas di negara ini pula dijangka meningkat 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta pada 2030 dan ini bukanlah sesuatu yang baik apabila wujud jurang digital besar antara mereka dan anak muda,” katanya ketika ditemui media hari ini. 

Menurutnya atas dasar itu beliau tampil dengan idea tersebut yang dijangka mampu direalisasikan dalam tempoh dua tahun sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini. 

“Pembinaan pusat ini tidak akan melibatkan wang kerajaan sebaliknya menggunakan dana sumbangan swasta dan diurus sukarelawan termasuk tenaga pengajar profesional. 

“Warga emas dipelawa datang ke pusat ini untuk menyertai pelbagai aktiviti yang sesuai termasuk membuka akaun media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram yang dapat mendekatkan mereka dengan golongan muda negara ini,” katanya. 

Tambah beliau, buat permulaan pusat aktiviti itu dianggarkan mampu menampung 50 hingga 60 orang pada satu-satu masa yang beroperasi bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here