Saya bukan berlakon – Dira

0
1

“ADA orang fikir apa yang saya buat ini lakonan, ini bukan berlakon saya nak buat sendiri dan jadi apa yang saya nak,” kata  calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Dira meluahkan perasaan dihadapi sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketika ini.

Menurutnya, walaupun sebelum ini lebih dikenali sebagai anak seni, namun ia bukanlah satu kelebihan baginya apabila terjun ke dunia politik.

“Saya anak orang politik, saya sendiri anak seni bergerak aktif…ini merupakan satu kelebihan tetapi bukan satu kemewahan untuk saya ambil mudah kerana dikenali sebagai seorang anak seni.

“Dikenali sebagai pemimpin, peranan dan skopnya berbeza,” katanya dipetik Melaka Hari Ini, hari ini.

Beliau berkata, tanggungjawab menjadi ahli politik berbeza dan kesan yang diberikan kepada masyarakat juga berbeza.

“Paling penting reputasi yang saya nak tunjuk dan bawa sebagai seorang pemimpin wanita muda itu yang menjadi cabaran buat saya

“Dikenali sebagai orang seni mungkin ada sedikit kelebihan tapi bukan kemewahan untuk saya buat sesuatu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here