PRN Melaka: Jawatankuasa khas siasat isu pasir jika BN diberi mandat

0
2

BARISAN Nasional (BN) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu tambakan pasir di Melaka jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga calon Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata jawatankuasa khas itu akan menilai, menyelidik dan memeriksa isu tersebut

Katanya, siasatan akan dijalankan secara telus kerana ia turut melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kalaulah BN diberi mandat, kita akan bentuk satu jawatankuasa dan akan pastikan ia telus untuk kita siasat, serah kepada pihak berkuasa temasuklah kalau SPRM, polis, kita selesaikan ‘once for all’, kita serah, kita siasat.

“Pihak kerajaan saya akan bagi kerjasama sepenuhnya, saya akan selesaikan, jangan cerita lagi perkara ini,” katanya menerusi program Diskusi Perdana bersama Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yang disiar secara langsung, malam tadi.

Sementara itu Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno berkata isu tambakan pasir berlaku sejak dahulu dan ia dipolemikkan ketika Sulaiman menjadi Ketua Menteri.

“Sulaiman ni baru lagi, tambak laut Melaka sejak saya jadi Menteri Besar Negeri Sembilan, bukan zaman dia, dah lama dah.

“Apa cerita sekarang bongkar? Sebab tak dapat jadi Ketua Menteri? cuba baca, buka buku balik.

“Saya setuju tubuh jawatankuasa khas untuk menilai, menyelidik, memeriksa… isu ini perlu diselesaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here