SPM, STAM dan UPBA pada Februari, Mac 2022

0
2
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) 2021 akan dilaksanakan pada Februari dan Mac tahun tahun depan.

Menurut KPM, jadual peperiksaan/ujian tersebut boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my mulai hari ini.

“Semua calon diingatkan agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi.

“Calon juga boleh merujuk Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 3.0 yang dimuat naik di portal rasmi KPM https://www.moe.gov.my/.

“Prosedur operasi standard (SOP) juga ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here