KKM jalankan soal selidik pematuhan SOP norma baharu – Dr Noor Hisham

0
2

WARGA Malaysia dijemput menyertai soal selidik maya untuk mengetahui tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu dalam kalangan masyarakat semasa pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata soal selidik berkenaan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, dapatan soal selidik itu akan menjadi salah satu rujukan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar terus mematuhi amalan norma baharu walaupun negara telah beralih ke fasa endemik.

“Penyertaan anda adalah sukarela. Semua jawapan dalam soal selidik ini digunakan untuk tujuan kajian dan maklumat peribadi adalah rahsia.

“Kerjasama warga Malaysia dalam kajian amatlah dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan terima kasih,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh klik pautan https://forms.gle/AVnFMh6u68gZS6fJ8 untuk menyertai soal selidik berkenaan.

“Pihak kami mengalu-alukan anda menjemput ahli keluarga, saudara-mara, kawan-kawan dan rakan sekerja anda untuk menyertai soal selidik ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here