PN mahu calon pergiat kempen, jumpa pengundi atas pagar

0
1

PERIKATAN Nasional (PN) mahu semua 28 calonnya mempergiatkan usaha memenangi hati pengundi atas pagar sebelum hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ia berdasarkan penerimaan rakyat yang semakin baik terhadap semua calon PN sekali gus bakal menyaksikan ‘game changer’ politik di Melaka jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan kelak.

Menurutnya, semua calon yang diketengahkan juga adalah tawaran terbaik buat rakyat Melaka yang inginkan politik lebih segar.

“Sebab itu saya harap pengundi yang ‘atas pagar’ itu cuba beri kemenangan kepada kita kerana rakyat lebih mahukan calon-calon berintegriti dan mudah untuk bantu mereka.

“Insya-Allah saya lebih yakin dalam dua tiga hari ini kalau kita kerja lebih keras, mungkin yang mana pengundi ‘atas pagar’ akan kembali ‘swing’ kepada kita.

“Kempen calon-calon kita pun agak baik dan turun ke bawah membuktikan mereka boleh jadi wakil rakyat… bila dah sampai (kempen) beberapa hari ini pun nampaknya calon kita lebih popular daripada calon lain,” katanya selepas lawatan kerja sekitar Pekan Telok Mas hari ini.

Hadir sama calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here