Piala Suzuki AFF: 4 pemain berpangkalan di luar negara perkuat Harimau Malaya

0
3

KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memanggil empat pemain yang berkelana di luar negara bagi memperkuatkan skuad kebangsaan bagi bagi persiapan menghadapi Piala Suzuki AFF di Singapura, bulan depan.

Mereka ialah Dion Cools (FC Midtjylland), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Dominic Tan (Police Tero FC) dan Junior Eldstal (Chonburi FC).

Empat pemain tersebut adalah antara 28 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bermula 22 November ini.

Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari 2022.

Turut dipanggil Cheng Hoe ialah pemain naturalisasi, Guilherme de Paula serta Mohamadou Sumareh, namun tiada kelibat Liridon Krasniqi.

Menurut FAM, hanya pemain yang pasukannya sudah terkeluar daripada saingan Piala Malaysia, sama ada peringkat kumpulan dan suku akhir akan melapor diri di Wisma FAM, Isnin ini.

Ia kemudian disusuli pemain yang pasukannya tersingkir pada separuh akhir untuk melapor diri pada 28 November.

Seterusnya, pemain yang pasukannya layak ke Final Piala Malaysia 2021 pada 30 November, akan melapor diri pada 1 Disember 2021.

Bagi pemain-pemain yang berpangkalan di luar negara, mereka akan melapor diri mengikut tarikh pelepasan yang diberikan oleh kelab masing-masing.

Cheng Hoe hanya akan menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke Piala Suzuki AFF 2020 yang mana skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada 3 Disember. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here