PRN Melaka: Tinjauan agensi kerajaan BN mampu menang 15 kerusi

0
3

Aiman Hanif

BEBERAPA hari menjelang hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, BN diramal akan memenangi 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut laporan yang dikemukakan beberapa agensi kerajaan, BN kini selesa di kawasan pengundi Melayu dan kawasan kampung.

Sumber agensi kerajaan memaklumkan Malaysiapost, jumlah itu bagaimana pun boleh berubah pada saat-saat akhir kempen.

“Berdasarkan laporan agensi kerajaan yang membuat pemantauan di Melaka, setakat ini BN dijangka boleh menang dengan 15 ataupun 16 kerusi.

“Kawasan kampung dan kawasan pengundi Melayu masih memihak kepada Umno dan BN.

“Namun, BN masih belum dapat menggugat kawasan yang dikuasai DAP, ataupun pengundi Cina,” katanya ketika ditemui Malaysiapost.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November ini yang mana BN mempertaruhkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri.

Hari ini kira 11,557 pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 polis akan menjalankan tanggungjawab masing-masing hari ini.

PRN Melaka kali ini tertumpu kepada saingan parti utama BN, Pakatan Harapan (PH) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Umno pula ketika dihubungi Malaysiapost mendakwa BN kini selesa di 15 kerusi yang ditandingi mereka.

Bagaimanapun katanya, BN sedang berusaha untuk memenangi sekuarang-kurangnya 18 kerusi bagi membentuk kerajaan Melaka sendirian.

“Setakat ini, kajian sikap ke atas pengundi menunjukkan yang BN boleh menang 15 kerusi dan kita sedang berusaha untuk mendapat 18 kerusi sekuarang-kurangnya,” katanya.

MCA, MIC dijangka tewas DAP kekal kawsan pengundi Cina

Dalam pada itu, sumber agensi kerajaan berkata, laporan awal menunjukkan calon DAP selesa di kerusi majoriti pengundi Cina.

“DAP selesa di kerusi tradisi mereka dan kerusi-kerusi majoriti Cina.

“Calon MCA dan MIC dijangka akan tewas dalam PRN kali ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut katanya, PAS yang bertanding lapan kerusi dijangka akan memenangi kerusi sulung mereka kali ini.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here