Pak Lah, Tun Jeanne sihat – Reezal

0
2

AHLI Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan penyebaran maklumat di media sosial kononnya bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia.

Reezal yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata Abdullah atau mesra dengan panggilan Pak Lah berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah Ayahanda Tun Abdullah dalam keadaan sihat walafiat. Begitu juga dengan Tun Jeanne. Saya pun baru berbual di telefon dengan Tun Jeanne.

“Kita sama-sama doakan Ayahanda Tun Abdullah dan Tun Jeanne sentiasa sihat dan dalam peliharaan Allah Taala,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau turut berkongsi gambar lama bersama Abdullah serta Jeanne dan mengakui rindu mereka berdua.

Terdahulu berita mengenai kematian Pak Lah meninggal dunia terbesar di media sosial sekali gus menimbulkan tanya tanya mengenai status terkini kesihatan bekas Perdana Menteri berkenaan.

Khabar angin sama beberapa kali tular di media sosial sebelum ini, namun ternyata ia tidak benar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here