Timbalan Menteri beri jawapan malas, tidak telus isu teksi motosikal – Syed Saddiq

0
1
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KEPUTUSAN kerajaan untuk tidak memperkenalkan perkhidmatan e-hailing teksi motosikal dilihat akan memberi implikasi terhadap syarikat-syarikat tempatan yang sudah memulakan perkhidmatan itu.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata Kabinet pada 2019 telah meluluskan perkhidmatan berkenaan dengan syarat yang agak ketat e-hailing teksi motosikal mengikut negara-negara jiran.

Menurutnya, kerajaan bagaimanapun melalui jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan, Henry Sum Agong di Dewan Rakyat, hari ini memaklumkan menarik semula perkhidmatan itu daripada diperkenalkan.

Beliau turut menempelak jawapan diberikan Henry Sum mengenai perkhidmatan itu yang disifatkan sebagai malas dan tidak telus.

“Jawapan Timbalan Menteri..dengan izin, agak malas dan tidak telus. Kerana jawapan itu jawapan selamat dengan mengatakan ramai yang menunggang motosikal kemalangan.

“Jangan buat keputusan berdasarkan emosi dan tidak ikut data,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau memohon kementerian menyediakan data kemalangan lebih spesifik khusus kepada sektor berkenaan dalam tempoh enam bulan seperti ditetapkan dalam Jemaah Menteri pada 2019.

“Kabinet pada 2019 menetapkan tempoh enam bulan selepas ia (teksi motosikal) dibenarkan untuk melihat penambahan dari segi kemalangan sektor berkenaan.

“Saya berharap kementerian mempertimbangkan dan membentangkan data-data jelas dalam tempoh enam bulan dalam sektor ini sama ada ada kenaikan yang mendadak dari segi kemalangan,” katanya.

Terdahulu, Henry berkata keputusan penangguhan sektor itu adalah berdasarkan statistik polis yang merekodkan 64 peratus daripada keseluruhan 6,100 kematian pada 2019 adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Beliau Bagaimanapun menjeaskan kerajaan akan terus mengkaji isu tersebut dari semasa ke semasa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here