Covid-19: Kes kekal di bawah 6,000

0
1

JANGKITAN baharu Covid-19 kekal di bawah paras 6,000 kes buat hari ketiga berturut-turut apabila mencatatkan 5,143 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini mencecah 2,551,452 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here