KETUA Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob yang menghidap komplikasi ‘Severe Gerd’ memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM24,000 bagi menampung kos pembedahannya.
Harakah menerusi satu poster merayu orang ramai memberi sumbangan bagi membantu Wan Nordin menjalani pembedahan itu yang dijadualkan pada 26 November ini di Hospital Gleneagles, Ampang.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam 12113020086377 (Wan Nordin Wan Yaacob).
Mereka yang mahu mengetahui sebarang maklumat berkaitan pemberian sumbangan atau kesihatan Wan Nordin boleh menghubungi isterinya, di talian 016-303 9717.
Penyakit GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) juga dikenali sebagai Asid refluks adalah keadaan dimana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus. – Malaysiapost

