DAP tidak angkuh seperti Bersatu – Guan Eng

0
3

DAP tidak sesekali akan bersikap angkuh seperti Bersatu yang menyuarakan keyakinan memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng, berkata tindakan Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang seolah-olah menggambarkan DAP menjadi penghalang kejayaannya juga sebagai lupa diri.

“Bersatu bila dia menang (dahulu) kerana kita (DAP)

“Kita pulang kepada rakyat. Kita bukan macam dia (Bersatu), angkuh. Dia (rasa) pasti menang banyak kerusi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Melaka, hari ini.

Semalam, Mohd Rafiq menzahirkan keyakinannya untuk memenangi lebih banyak kerusi untuk parti itu berbanding pencapaian mereka pada PRU-14 lalu bersama Pakatan Harapan (PH).

Beliau dipetik berkata, hal itu kerana Bersatu hari ini tidak lagi bersama-sama dengan DAP.

Mohd Rafiq yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkata semasa bersama DAP sebelum ini, Bersatu sukar mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, DAP akan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan pada 20 November ini.

“Biarlah rakyat tentukan sama ada pengkhianatan mereka disokong atau tidak. Saya percaya rakyat akan buat pilihan yang tepat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here